minyak zaitun asli

𝐄𝐱𝐭𝐫𝐚 𝐕𝐢𝐫𝐠𝐢𝐧 𝐎𝐥𝐢𝐯𝐞 𝐎𝐢𝐥 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐡𝐮

Suhu dan cahaya adalah musuh yang menurunkan kualiti minyak zaitun. Ia adalah sesuatu yang maklum kepada hampir kesemua pengamal setia minyak zaitun perahan dara/𝑒𝑥𝑡𝑟𝑎 𝑣𝑖𝑟𝑔𝑖𝑛 𝑜𝑙𝑖𝑣𝑒 𝑜𝑖𝑙 (EVOO). 


Pendedahan kepada suhu dan cahaya diketahui akan mempercepatkan proses oksidasi minyak zaitun di mana ia akan meningkatkan kadar penguraian asik lemak dari rantai gliserol dan meningkatkan bacaan asid lemak bebas / 𝑓𝑟𝑒𝑒 𝑎𝑐𝑖𝑑𝑖𝑡𝑦 di dalam minyak zaitun.

Menyedari sunnatullah ini, proses penghasilan Zouitina Prestige EVOO memberi penekanan serius terhadap aspek ini. Di peringkat penuaian buah zaitun, selain usia buah dan keadaan fizikal buah, salah satu faktor yang diambil kira di peringkat ini adalah suhu persekitaran ladang zaitun.

Buah zaitun putik yang digunakan untuk menghasilkan Zouitina Prestige EVOO hanya akan dipetik selepas subuh dan akan dihentikan proses penuaian sebaik suhu persekitaran ladang mencecah 26°C.

Ini dituruti dengan proses pembersihan (𝑊𝑎𝑠ℎ𝑖𝑛𝑔), penghancuran (𝐶𝑟𝑢𝑠ℎ𝑖𝑛𝑔), penyebatian (𝑀𝑎𝑙𝑎𝑥𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛), pengemparan (𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑖𝑓𝑢𝑔𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛) dan penapisan (𝐹𝑖𝑙𝑡𝑟𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛) dalam masa enam jam dari tempoh dituai. Selain proses pemprosesan yang pantas, suhu bagi setiap peringkat yang dinyatakan dikawal dengan rapi bagi memastikan oksidasi yang paling minima.

Sebaik diproses, Zouitina Prestige disimpan di silo pada suhu rendah, malah dibawa ke Malaysia menggunakan kontena sejuk sepanjang 2 bulan perjalanan dari Casablanca ke Perlabuhan Klang.

Sebaik tiba di gudang Olive Jardin di Kota Bharu, Zouitina Prestige disimpan dengan kawalan suhu antara 20°C sehingga 25°C. Justeru, bagi memastikan kualiti ini dapat dikekalkan untuk tempoh masa yang panjang, para pengamal dan penggemar Zouitina Prestige digalakkan menyimpan bekalan minyak zaitun di tempat yang gelap dan tertutup.

Ini bagi memastikan semua penggemar dan pengamal Zouitina Prestige EVOO dapat menikmati rasa dan kualiti premium yang dihasilkan sehingga titisan terakhir.

 

 

Tahukan Anda

Kawalan Suhu Yang Terbaik Memastikan Kesegaran Minyak Zaitun Zoutina Kekal Segar Seolah Baru Diperah Diladang Zaitun

 

 

3 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Rezqi Dhuha+© All Rights Reserved.

Jom Sertai "VVIP Club Olive Oil Malaysia Sekarang" Menangi Hadiah Menarik Setiap Bulan